Thursday, March 7, 2013

Perlis yakin benam Johor

Sumber: Harian Metro
 
Kangar: Perlis yang berkunjung ke selatan tanah air menentang Johor pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang yakin membawa pulang mata.

Pengurus, Shahruddin Ismail berkata, misi itu tidak mustahil berdasarkan peningkatan memberangsangkan skuad kendalian Yunuf Alif pada aksi Liga M selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan termasuk terbaru menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 3-1, Jumaat lalu.


“Kejayaan yang dicipta menyuntik semangat pasukan apabila turun berdepan Johor pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jumaat ini (esok),” katanya.


Shahruddin berkata, kemenangan ketiga aksi Liga Perdana ke atas PDRM secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pemain untuk terus memburu kemenangan.

Biarpun mengaku bukan suatu tugas mudah untuk direalisasikan, itulah sasaran diletakkan ke atas setiap pemain yang bakal diturunkan pada pertemuan ke-10 itu.

“Kami akur pertemuan ini sukar kerana Johor turun berbekal kelebihan selaku tuan rumah pasti tidak memberikan laluan mudah untuk Perlis membawa pulang walau satu mata.

“Bagi memastikan impian itu tidak tersasar, pemain bukan saja perlu meneruskan rentak persembahan hebat malah mempamerkan semangat juang selain keyakinan tinggi.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...