Monday, April 8, 2013

Air mata Guiza, Del Nero

SUmber: Utusan online
Daniel Guiza (kiri) dan Simone Del Nero (kanan) berdiri di sisi kain rentang ketika mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Johor Darul Takzim selepas perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Selangor di Stadium Larkin, kelmarin.
JOHOR BAHRU - Biarpun Daniel Guiza dan Simone Del Nero hanya mampu bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Itali, namun wajah sugul kedua-duanya semalam nyata menggambarkan kesedihan mereka. 

Kedua-dua pemain import yang mengharungi pusingan pertama saingan Liga Super untuk pasukan Johor Darul Takzim dan membuat penampilan terakhir kelmarin menzahirkan perasaan sedih kerana terpaksa meninggalkan skuad Harimau Selatan. 

Guiza dan Del Nero selepas perlawanan menentang Selangor pada suku akhir pertama Piala FA itu nyata tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata semasa memberi lambaian terakhir kepada ribuan peminat dengan berjalan di sekeliling Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. 

 
Kesedihan mereka turut dikongsi penyokong yang sebak dengan pemergian kedua-dua pemain import tersebut, malah ramai yang membawa kain rentang bagi menyatakan terima kasih kepada Guiza dan Del Nero.

Antaranya, 'Grazie Del Nero. Siamo orgogliosi di voi. Gracias Daniel Guiza. Estamos orgulloso de usted' masing-masing dalam bahasa Itali dan Sepanyol yang membawa maksud 'Terima kasih Del Nero dan Guiza, kami berbangga dengan anda'.

Kedua-duanya ketika ditemui turut menyatakan berat hati untuk meninggalkan Johor DT, terutama peminat yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan. 

"Saya gembira dengan segala sokongan yang diterima sepanjang berada di negeri ini. Sedih..memang sedih, enam bulandi sini adalah tempoh yang amat bermakna. Harap dapat kembali ke Johor," kata Del Nero.

Bagi Guiza, dia sudah memberi yang terbaik ketika menentang Selangor, namun semua serba tidak menjadi selain penjaga gol Selangor, Norazlan Razali yang cemerlang.

"Perlawanan tidak berpihak kepada kami. Kita juga terlepas beberapa peluang.
"Kepada semua di Johor termasuk peminat, saya ucapterima kasih, anda semua 'fantastic'," ujarGuiza yang akan kembali menyertai Getafe CF.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...