Saturday, April 6, 2013

Bojan tak pandang mudah layan Sarawak

SUMBER: METRO ONLINE
 
Kota Bharu: Juara bertahan Piala FA, Kelantan tidak mahu memandang mudah keupayaan Sarawak ketika melayan kunjungan skuad Bujang Senang itu pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak tidak mahu empat kemenangan berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini termasuk kejayaan terbesar dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0, melalaikan anak buahnya.


Katanya, keputusan terbaik perlu diperoleh untuk membawa bekalan selesa dalam perlawanan timbal balik, justeru beliau menuntut anak buahnya memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.


“Pemain kini bersemangat selepas layak ke suku akhir Piala FA selain berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu gembira kerana saya yakin Sarawak pasti mahu memburu kemenangan di Kota Bharu,” katanya.

Menurut Hodak, beliau tidak mahu menganggap Sarawak, pasukan dari Liga Perdana itu, lawan yang mudah dijinakkan.

“Kita perlu menang untuk bekalan selesa sebelum beraksi Sarawak pada 16 April.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...