Monday, April 8, 2013

Bujang Senang cadang rombak

SUmber: Metro Online
 
Kuching: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang berazam untuk kembali beraksi dalam Liga Super bercadang melakukan rombakan terhadap pasukan negeri ini tidak lama lagi, termasuk menukar beberapa pemain, kata presidennya Datuk Sudarsono Osman, semalam.

Beliau berkata pihak pengurusan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan prestasi pasukan itu, yang kini beraksi dengan agak cemerlang dalam Liga Perdana.

“Cita-cita kami ialah Liga Super dan menamatkan musim ini dengan cemerlang. Oleh itu, para pemain tidak sepatutnya terperanjat jika mereka diganti dengan pemain lain,” katanya.


Jurulatih Roberts Alberts sebelum ini berkata FAS mungkin menggunakan khidmat Junior Eldstål kelahiran Malaysia yang kini bermain dalam Liga Bola Sepak Vauxhall di England.

Sudarsono juga meminta peminat pasukan negeri ini supaya bersabar, memahami keadaan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya berkaitan prestasi pasukan itu.

Mengenai keupayaan Sarawak tewas tipis 1-2 kepada juara bertahan Piala FA, Kelantan, Sudarsono berkata: “Walaupun ia kekalahan pertama kami daripada 14 perlawanan musim ini (11 perlawanan liga dan tiga perlawanan Piala FA), kami anggap keputusan itu meyakinkan.” Katanya gol jaringan Joseph Kalang memberi semangat kepada Sarawak untuk mengunci langkah Kelantan apabila mereka beraksi pada pertemuan kedua di Kuching pada 16 April ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...