Monday, April 8, 2013

Sime Darby mula pasang impian

Sumber: Metro Online
 
Kuantan: Pendahulu Liga Perdana Sime Darby FC percaya impian ke final Piala FA akan menjadi kenyataan apabila berjaya mengikat Pahang 0-0 pada suku akhir pertama perlawanan di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Jurulatih Ismail Zakaria berkata, biarpun hampir mencatat kemenangan ke atas pasukan Liga Super itu, beliau berpuas hati dengan komitmen pemainnya.

Menurutnya, jika prestasi lebih baik diterjemahkan pada aksi kedua nanti, pasti kemenangan dapat diraih.


“Saya bangga dengan komitmen pemain dan percaya kita akan mara lebih jauh lagi,” tegasnya.

Beliau percaya Sime Darby FC akan beraksi lebih baik lagi 16 April ini untuk mengekalkan pencapaian seperti dilakukan musim lalu iaitu layak ke final.

“Kami akan lebih memberi tumpuan pada perlawanan Liga Perdana Jumaat ini sebelum memikirkan pertemuan kedua bertemu Pahang nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...