Wednesday, June 19, 2013

Baddrol kebanggaan Hijau Kuning

Sumber: SInar Harian


Baddrol kebanggaan Hijau Kuning


Baddrol kebanggaan Hijau Kuning

 Baddrol kebanggaan Hijau Kuning

NAMA Baddrol Bakhtiar rasanya tidak perlu lagi perkenalkan kerana sudah dikenali hampir sebahagian besar peminat bola sepak tempatan.
Beliau  yang bermain untuk pasukan Kedah di posisi penyerang dan mesra di sapa Badd merupakan pemain tonggak dalam skuad Hijau Kuning musim ini.

Dilantik sebagai kapten pasukan, Baddrol bersama rakan sepasukan bertungkus-lumus membantu Kedah kembali ke saingan Liga Super apabila terpaksa beraksi pada kempen Liga Perdana tahun ini.

Sukma medan cungkil bakat
Beliau memulakan permainan bola sepak dengan menyertai pasukan Piala Presiden Kedah pada 2005.

Ketika Kedah mengendalikan Sukan Malaysia (Sukma) 2006, Badd antara pemain diserapkan dalam kesebelasan utama dan meraih pingat perak.

Kecemerlangan dipamerkan beliau membuatkan pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengikat kontraknyapada November 2006.

Dalam kem Kedah,beliau bertemu K Soley dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang memacu kejayaan Kenari pada tahun berikutnya.

Jalani latihan percubaan di Chelsea
Pengerusi Gifted Group, Jonathan Price mengotakan janjinya membawa Baddrol dan bekas rakan sepelatih, Bunyamin Umar menjalani latiahn dua minggu bersama kelab Chelsea FC di Stamford Bridge pada 2008.

Di sana, beliau menimba ilmu dengan bakat muda The Blues dan juga sempat berlatih bersama pemain senior iaitu Shaun Wright-Phillips, Tal Ben Haim, Steve Sidwell dan Nicolas Anelka.

Pada Ogos 2011, timbul laporan mengatakan kelab Liga Perdana Inggeris, Wigan Athletic menawarkan kontrak latian kepadanya namun dinafikan Baddrol.

Kemudiannya, disahkan berita berkenaan hanyalah bersifat khabar angin.

Julang emas Sukan SEA 2011
Paling diingati apabila Baddrol dipilih jurulatih, Ong Kim Swee bagi mengepalai pasukan Malaysia bawah 23 tahun pada cabaran Sukan SEA Jakarta di Indonesia, dua tahun lalu.

Badd membalas kepercayaan diberikan Kim Swee apabila memimpin rakan-rakan menghadiahkan pingat emas kepada negara sekali gus mempertahankan gela-ran yang dimenangi di Laos pada 2009.

Pada kejohanan itu, Badd sempat meyumbangkan tiga gol yang turut disertai Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli dan Syahrul Azwari Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...