Wednesday, June 5, 2013

Singa Utara puji komitmen Mukhriz

Sumber: Harian Metro
Kangar: Pengurusan skuad Singa Utara melahirkan rasa kagum dengan komitmen kepemimpinan baru kerajaan negeri Kedah diketuai Datuk Mukhriz Mahathir apabila mengikuti perkembangan sukan di negeri Jelapang Padi termasuk pasukan Kenari dalam saingan Liga Malaysia.
Penolong Pengurus Perlis Hamunir Hamzah berkata, perkara sama perlu dicontohi kerajaan negeri Perlis bagi merealisasikan kemajuan bidang sukan termasuk bola sepak.

“Apa yang dilakukan Datuk Mukhriz apabila sanggup bertemu dengan pengurusan persatuan bolasepak negeri Kedah, baru-baru ini satu tindakan positif menjayakan misi memajukan bidang sukan.


“Lebih membanggakan, sikap prihatin dan komitmen tinggi beliau yang turun padang menemui pemain untuk mengetahui lebih dekat masalah dihadapi amat bijak demi kemajuan sukan bolasepak di negeri itu,” katanya.

Hamunir memberikan reaksi demikian mengulas hasil pertemuan pengurusan skuad Singa Utara dengan Menteri Besar, Azlan Man pada minggu lalu bagi mendapat bantuan menangani masalah kewangan dihadapi.


Pertemuan itu didakwa tidak membawa hasil positif apabila Menteri Besar menyatakan tidak berminat dengan sukan termasuk bolasepak.

Lebih malang apabila beliau turut menyatakan tidak dapat berbuat apa-apa bagi membantu menangani masalah kewangan dihadapi skuad Singa Utara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...