Friday, July 12, 2013

Jamin lawan berstatus A!


Foto
HAMIDIN (kiri), Subahan (dua dari kiri) meninjau kualiti rumput untuk perlawanan persahabatan menentang Chelsea.

Sumber: Harian Metro
Shah Alam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan tarikh perlawanan antarabangsa yang diberikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan digunakan skuad negara untuk mengadakan perlawanan berstatus A dan mengingatkan sebarang keputusan yang dicatatkan mustahak.

Itu komitmen Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai hala tuju skuad negara yang sering kali dilihat mengadakan pertemuan menentang kelab berbanding pasukan kebangsaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang di kalangan peminat tempatan.



“Apa yang berlaku (sebelum ini) kita jadikan sebagai pengalaman. Namun saya ingin menjelaskan saya sudah mengingatkan jabatan tertentu (sekretariat FAM) supaya memulakan persiapan bagi mengisi kalendar tahun depan dengan memberikan tawaran kepada mana-mana negara terutamanya di kalangan negara Asia Tenggara dan Asia selain Afrika serta Eropah bagi menentang skuad kebangsaan. Tidak kiri siapa jurulatih atau pengurus ketika itu.

“Ingin saya tegaskan kami di FAM terutamanya Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan memberi ruang kepada skuad negara untuk memenuhi kalendar FIFA dengan aksi antarabangsa.


Skuad negara sebelum ini dilihat gagal memanfaatkan sepenuhnya tarikh perlawanan untuk yang diberikan FIFA sekali gus mengundang kepada kedudukan ranking yang rendah dengan tiada peningkatan ketara dapat disaksikan.

Media kelmarin melaporkan Myanmar, Laos dan Kemboja menolak hasrat skuad negara untuk mengadakan aksi persahabatan sekali gus menyaksikan kelab Thailand, Chonburi FC menjadi galang ganti dan sepanjang sesi latihan pusat selama sebulan kali ini, belum ada pengumuman rasmi dilakukan FAM untuk menentang mana-mana skuad negara lain.


Selain menentang dua kelab terbaik dunia, Chelsea FC dan FC Barcelona, skuad kebangsaan dijadualkan terbang ke Jepun bagi mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang kelab di negara berkenaan selepas sebelum ini mengadakan sesi latihan menentang tiga kelab Australia sehingga mencetuskan kontroversi.


“Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Ranking kita di kedudukan ke-159 dengan mungkin terdapat pasukan yang ingin menentang pasukan yang lebih baik kedudukannya. Namun ia bukan persoalannya kerana kita akan terus mencuba. Untuk baki tahun ini saya melihat terdapat beberapa ruang untuk mengadakan aksi persahabatan dan usaha untuk mendapatkan pasukan akan diusahakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...