Friday, July 19, 2013

Perak idam kekal dua awang import

Sumber: Harian Metro

Ipoh: Perak mahu mengekalkan khidmat dua awang import Brazil, Paulo Rangel dan Rafael Souza Silva Novais bagi menghadapi Liga M musim depan.

Pengurus pasukan Khairul Azwan Harun berkata, setakat ini Seladang puas hati dengan sumbangan mereka yang menjadi aset kepada Perak.

Begitupun Azwan membayangkan Perak mungkin menghadapi kesukaran mengekalkan khidmat Rangel kerana pemain itu dituntut semula kelab asalnya, Muang Thong United dari Thailand.

“Tiada masalah mengekalkan Rafa (Rafael) tetapi Rangel mungkin ada sedikit halangan,” katanya.



Muang Thong sentiasa mengikuti rapat perkembangan pemain yang mereka pinjamkan kepada Perak itu.

“Keupayaan Rangel menjaringkan sembilan gol dalam Liga Super membuatkan Muang Thong mahu mengambil balik pemain itu. Di sinilah timbulnya masalah Perak untuk mengekalkan khidmat Rangel kerana kelab itu masih mempunyai hak ke atasnya,” katanya.

Namun pemain itu difahamkan mahu kekal di Ipoh dan Azwan berharap ejen pemain itu dapat memujuk pegawai kelab Thailand itu supaya membenarkannya terus beraksi bersama Perak.

“Yang pasti kami akan cuba mengekalkan khidmat kedua-dua awang import itu di Ipoh,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...