Wednesday, October 9, 2013

Sathia gesa pemain terima keputusan

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pengurus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B Sathianathan meminta pemain menerima keputusan untuk memindahkan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia ke Stadium Shah Alam dan melihat langkah itu demi kebaikan semua pihak.

“Kadang kala pemain tidak faham tindakan yang diambil. Kita melihat pertukaran ini dari sudut keselamatan. Kapasiti di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hanya boleh memuatkan 16,000 penonton dan seandainya lebih ramai yang hadir, dikhuatiri akan menimbulkan masalah lain , termasuk perkara yang tidak diingini. “Kos akan menjadi lebih tinggi kepada ATM andai timbul masalah seperti pintu pecah dan sebagainya. Pastinya penyokong yang datang dari jauh mahu menyaksikan perlawanan (dalam stadium). Lebih baik kita bermain di stadium yang mempunyai kapasiti lebih besar agar perlawanan berlangsung dengan lancar,” kata ketua jurulatih ATM itu.



Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin mengumumkan pertukaran gelanggang berkenaan selepas mendapat persetujuan ATM dan Kelantan dengan tarikh dan masa perlawanan tidak berubah iaitu 18 Oktober bermula jam 8.45 malam.

Namun sesetengah pemain ATM melihat tindakan berkenaan bakal memberikan kelebihan kepada Kelantan yang juga juara bertahan kerana bakal mendapatkan sokongan penyokong yang lebih ramai untuk aksi di tempat lawan sebelum menanti kunjungan ATM di kubu mereka, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu seminggu selepas itu.


“Ini bukan satu masalah, selama ini kebanyakan perlawanan dikuasai penyokong lawan seperti di Johor, Terengganu dan Kelantan. Malah ATM sememangnya tidak mempunyai stadium sendiri dan pernah menjadikan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi sebagai gelanggang tuan rumah.


“Malah untuk menjadikan sesebuah stadium keramat atau tidak, terpulang kepada pemain bagi mempamerkan aksi terbaik pada setiap perlawanan. Jika pemain mampu mempamerkan aksi seperti menewaskan LionsXII, saya tidak melihat sebarang masalah untuk kami melangkah ke final,” katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...