Thursday, October 10, 2013

UAE ratah Harimau Malaya

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Skuad negara bukan tandingan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila tewas 1-3 dalam aksi persahabatan di Shenzhen, China, semalam.

Keputusan itu tidak menghadirkan impak positif menjelang pertemuan menentang Bahrain di Stadium Shah Alam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada Selasa.



Skuad negara jelas tempang sebelum perlawanan berkenaan berlangsung kerana sebahagian besar tonggak pasukan dibayangi kecederaan sekali gus merencatkan perancangan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal untuk menampilkan aksi terbaik menentang UAE. Gol tunggal Malaysia dijaringkan Safiq Rahim.

Kemenangan ini membolehkan UAE melebarkan rekod tanpa kalah kepada 14 perlawanan selepas menewaskan Laos dalam satu lagi aksi persahabatan.


Skuad negara akan kembali ke tanah air bagi menggandakan persiapan menghadapi Bahrain di Shah Alam dengan harapan beberapa tonggak utama mampu pulih untuk pertemuan getir itu dengan beberapa pemain dalam senarai menunggu mungkin dipanggil.

1 comment:

  1. Tak tengok game tu, so susah nak komen. Apa-apa pun mmg sukar nak compete dgn mereka sbb fizikal mrk yg besar serta kurangnya sparring dgn team2 yg kuat bagi harimau malaya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...