Wednesday, November 13, 2013

Belum putus

Sumber: Harian Metro

Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) belum membuat keputusan berhubung kedudukan pemain yang akan menyarung jersi skuad Tok Gajah bagi menghadapi Liga M musim depan.

Setiausaha PBNP Fuzeimi Ibrahim berkata, setakat ini, segala urusan berkaitan pemain masih dalam perbincangan termasuk sama ada menyenaraikan seorang lagi pemain import.



Menurutnya, desas-desus penyerang import Kelantan musim ini, Dickson Nwakaeme akan mewakili skuad Pahang juga di luar pengetahuannya.

“Apa yang saya tahu, kita masih belum membuat keputusan senarai pemain termasuk tenaga import musim depan.

“Setakat ini, tiada perancangan memandangkan Pahang masih meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia selepas menamatkan kemarau 21 tahun,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...