Wednesday, November 6, 2013

FAS pikat khidmat Andik

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pemain Indonesia, Andik Vermansyah kini berada dalam radar Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang berusaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu.

Perkembangan itu diakui Timbalan Presiden FAS Datuk Mokhtar Ahmad yang mengesahkan usaha untuk mendapatkan pemain yang terkenal dengan jolokan “Messi Indonesia” itu masih pada peringkat rundingan.


“Mungkin kami akan mendapat kata putus dalam masa terdekat,” katanya.
FAS sebelum ini mengumumkan pelantikan bekas pemain import dari Australia, Mehmet Durakovic sebagai pengendali Merah Kuning untuk tempoh tiga tahun.

Merah Kuning sudah mendapatkan beberapa pemain dengan kontrak dua tahun bermula musim depan seperti Abdul Hadi Yahya, Mohd Farizal Marlias, Mohd Hamsani Ahmad, A Thamil Arasu, Rizal Fahmi Ab Rosid, Azmi Muslim, Nazri Ahmad dan Shahrom Abdul Kalam.

Juara Piala Malaysia 32 kali itu turut mengekalkan tujuh pemain musim ini, Mohd Bunyamin Omar, Raimi Mohd Noor, Fitri Shazwan Raduwan, Abdul Shukor Jusoh , S Veenod, S Kunanlan dan K Gurusamy selain Afiq Azmi dan Mohd Ramzul Zahini Adenan yang masih memiliki baki kontrak setahun.

 “Skuad lengkap Selangor diketahui dalam tempoh tiga atau empat hari lagi,” jelas Mokhtar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...