Thursday, November 14, 2013

Kembara Nwakaeme bermula

Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: The Red Warriors terus dirundung duka apabila penyerang import, Dickson Nwakaeme sah meninggalkan Kelantan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal memenuhi tuntutan gaji pemain itu.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan itu bersetuju melepaskan penyerang dari Lagos, Nigeria itu yang menuntut gaji melebihi RM1 juta sebagai imbuhan untuk terus beraksi bersama Kelantan musim depan. 

“Saya bersetuju melepaskan Dickson yang mahukan gaji berganda melebihi RM1 juta. Bagaimanapun, pemain yang bijak menggelecek dan mampu mengucar-kacir barisan pertahanan lawan bakal diganti dengan pemain yang mempunyai rekod penyudahan baik,” kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya semalam. 

Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan mendapat tawaran untuk beraksi bersama sebuah kelab di Eropah.

Annuar berkata, walaupun ramai beranggapan kualiti Kelantan sebagai juara treble pada 2012 akan merosot selepas kehilangan sebilangan besar tonggak pemain, beliau akan memastikan Kelantan terus mengekalkan kredibiliti sebagai antara yang digeruni dalam negara ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...