Monday, November 18, 2013

PBSNT mula jual pas bermusim berharga RM500, RM200

Sumber: Bernama

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengeluarkan dua kategori pas bermusim untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia musim depan di Stadium Sultan Ismail Nasirsuddin Shah.

Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata, pas bermusim itu dijual dengan harga RM500 untuk tempat duduk berbumbung dan RM200 bagi tempat duduk terbuka.



“Borang permohonan bagi pas bermusim mula dikeluarkan di pejabat PBSNT sekarang dan orang ramai yang mahu membeli pas itu perlu menyediakan dua keping gambar,” katanya.

Beliau berkata jumlah pas bermusim adalah terhad dan mereka yang membuat permohonan awal diberi keutamaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...