Sunday, November 17, 2013

Penyokong Singa Utara dalam kebimbangan

Penyokong Singa Utara dalam kebimbangan 
 
Sumber: Sinar Harian
 
PERSIAPAN hambar Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dalam mempersiapkan pasukan Liga Premier musim depan nyata mendatangkan kebimbangan  kepada penyokongnya, lapor MOHD ZAINIE KHALILI.
Digembar-gemburkan bakal menarik diri dari saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2014 menyaksikan kebangkitan beberapa kelab penyokong Singa Utara yang meminta PFA meneruskan cabaran mereka dalam saingan berkenaan.


Dikenali dengan panggilan Gabungan Penyokong Bola Sepak Perlis (saveperlisfa),  mereka menyifatkan Singa Utara bakal mengharungi zaman hambar seperti dilalui beberapa musim lalu.

Wakilnya, Ridzuani Mat Rejab berkata, kebimbangan mereka berterusan apabila persatuan itu mengumumkan pemilihan pemain tanpa ada tarikh yang diputuskan.

“Apa yang kami risau adalah tidak mendengar sebarang persiapan Perlis malah baru-baru ini ada diumumkan tentang pemilihan terbuka tapi  ditunda dari satu tarikh dan ke satu tarikh lain pula tanpa ada sebarang penetapan.

“Dan yang paling dirisaukan ada dengar Singa Utara akan tarik diri musim depan,” katanya semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...