Monday, November 25, 2013

‘Tugas berat menanti Darby’

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: Legenda bola sepak negara, Dali Omar menyifatkan tugas berat menanti jurulatih baru Kelantan, Steve Darby dalam mengekalkan status sebagai pasukan gergasi bola sepak tanah air musim depan.

Dali yang menjadi pemain pertama negara beraksi di luar negara dengan mewakili kelab Azzuri Australia di Perth berkata, Darby mungkin mempunyai percaturan tersendiri dalam membentuk pasukan mantap TRW hasil pengalaman beliau mengendalikan beberapa pasukan negeri dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) termasuk Johor (1998-2000) dan Perak (2005-2008).

 
“Tugas membentuk keserasian pemain mungkin mengambil masa tapi saya percaya beliau (Darby) masih mampu meneruskan kecemerlangan TRW selaku pasukan digeruni.

“Bekas jurulatih Kelantan musim ini, Bojan Hodak juga mengambil masa membabitkan empat atau lima permainan bagi membentuk keserasian pemainnya dalam saingan Liga Super.

“Dengan pemain sedia ada terutama ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi, TRW dilihat mampu menjadi pasukan pilihan dalam saingan Liga M walaupun kehilangan ramai tonggak utama yang berhijrah ke pasukan baru musim depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dali berkata, Kelantan juga mempunyai kekuatan dari segi sokongan penyokong yang menjadi tunjang utama kejayaan TRW.

Katanya, tindakan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang menyerap masuk beberapa pemain dari skuad Piala Presiden juga adalah langkah tepat dalam membentuk kombinasi baik antara pemain muda dan pemain berpengalaman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...