Friday, December 13, 2013

BOLA SEPAK: Tukar taktik

Sumber: Harian Metro

Nay Pyi Taw: Pendekatan berbeza akan diambil Datuk Ong Kim Swee apabila turun menentang Laos hari ini dengan bahagian tengah diperkuatkan selain menggunakan hanya seorang penyerang.
Pengendali berusia 43 tahun itu dijangka melakukan sekurang-kurangnya lima pertukaran dengan Ahmad Hazwan Bakri yang tidak diturunkan ketika menentang Brunei menjadi pilihan mengetuai jentera serangan.


Kapten Irfan Fazail, Thamil dan D Saavindran akan mengukuhkan bahagian tengah bersama S Sivanesan dan Mohd Nasir Basharudin dengan pemain seperti Nazmi Faiz Mansor, Ashri Chuchu dan Mohd Rozaimi Abd Rahman dijangka memanaskan bangku simpanan terlebih dulu.




“Setiap perlawanan jurulatih (Kim Swee) mempunyai perancangan tersendiri. Laos lebih bagus berbanding Brunei dan mungkin kita akan mengukuhkan barisan tengah. Kami perlu bertahan dan menyerang sebagai satu unit,” kata Irfan selepas menjalani latihan semalam.

Katanya yang tampil beraksi sepanjang perlawanan di Stadium Zeyer Thiri menentang Brunei, motivasi dan tahap keyakinan pemain tetap tinggi walaupun sekadar mencatat kemenangan 2-0 Selasa lalu.

“Tidak semua yang dirancang akan menjadi. Ia adalah (menentang Brunei) perlawanan pertama dengan kami perlu menyesuaikan diri dan saya harap selepas ini mana-mana pemain yang berpeluang akan meledak jaringan untuk skuad negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...