Monday, December 16, 2013

Pahang cari pengganti Conti

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Impian Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menggandingkan dua pemain import Dickson Nwakaeme dan Matias Conti musim depan dilihat tipis.

Ini berikutan Conti yang menjadi antara penyerang terbaik Liga Super musim lalu bermain tarik tali hingga memaksa PBNP mengambil pendekatan mencari penyerang baru bagi menggantikan pemain kelahiran Argentina itu.


Difahamkan pemain berkenaan menuntut gaji lebih tinggi daripada PBNP hingga memaksa PBNP membuat keputusan menutup pintu untuknya.


“Kita tidak perlu terlalu mengharapkan kelibat pemain berkenaan yang tidak menepati janji, bagi mengelak sebarang masalah di saat akhir usaha mencari pemain baru perlu dilakukan.

“Beberapa pemain sudah dikenal pasti untuk mengisi kekosongan berkenaan, kini kita sedang dijalankan ujian bagi memilih pemain yang benar-benar berkualiti untuk digandingkan dengan Dickson (Nwakaeme),” katanya.

Sumber itu berkata, usaha mengenal pasti pemain perlu dilakukan dalam masa terdekat sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain import.

Menurutnya, jurulatih Ronald Smith akan bertanggungjawab menilai prestasi pemain yang datang untuk sesi ujian namun keputusan menerima atau sebaliknya ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan pemain PBNP.

Skuad Tok Gajah yang berjaya menjulang Piala Malaysia musim lalu kini sudah memiliki bekas pemain Kelantan, Dickson (Nwakaeme) dan Zesh Rahmen dari Pakistan dan mengekalkan Damion Delano Stewart.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...