Thursday, December 12, 2013

PBNS ikat pemain berwibawa

Sumber: Harian Metro
 
Seremban: Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengesahkan mengikat kontrak tiga pemain import berwibawa dalam misi melakar pencapaian terbaik pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Mereka adalah Jozef Kaplan, 27, dari Czechoslovakia yang juga bekas pemain Geylang United, Jean-Emmanuel Effa Owona, 30, dari Cameroon dan terbaru Kim Jin Ryong, 30, yang juga bekas pemain kebangsaan Korea Selatan.

 
Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, daripada tiga pemain import terbabit, Effa Owona pernah bersama Negeri Sembilan pada musim 2012 sebelum berhijrah ke Terengganu.

“Kami berusaha mencari seorang lagi pemain import dan beberapa pemain terbabit antaranya dari Senegal dan Nigeria diuji dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang diatur,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...