Wednesday, December 4, 2013

SPA FC mahu ulangi pencapaian musim lalu

Sumber: Harian Metro
 
Seremban: Selepas meraih pencapaian memberangsangkan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2013 apabila mara ke suku akhir Piala FA dan menduduki tempat kelima Liga Perdana, SPA FC memasang impian tinggi untuk membaiki kedudukan musim depan.

Pengurus pasukan Fazzruddin Abdul Rahman berkata, pihaknya menetapkan sasaran tersenarai antara tiga pasukan terbaik carta liga dan mara ke separuh akhir Piala FA selain beraksi dalam kempen Piala Malaysia.


Katanya, biarpun menyedari laluan berliku musim depan berdasarkan persiapan rapi setiap pasukan, beliau yakin dengan mengekalkan 80 peratus pemain musim ini selain diperkuatkan dengan dua pemain import bagi mengisi posisi penyerang dan tengah, sasaran itu boleh direalisasikan.


“Selain sebahagian besar pemain musim 2013 yang dikekalkan, kami mendapat khidmat dua pemain import iaitu dari Perancis dan Myanmar yang diharap memberi impak positif dalam membentuk skuad mantap bagi mengharungi saingan musim depan.

“Secara realistik, kami mahu pasukan kali ini membaiki kedudukan dan berada dalam kelompok ketiga terbaik carta liga selain beraksi pada saingan Piala Malaysia dan mengekalkan prestasi membanggakan pada saingan Piala FA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...