Monday, February 17, 2014

Benteng hilang fokus

Sumber: Harian Metro

Melaka: Kekalahan tipis 1-2 DRB Hicom kepada Pulau Pinang pada saingan Liga Perdana Jumaat lalu mampu dielakkan jika barisan pertahanan kekal fokus sepanjang babak kedua perlawanan.

Jurulatih DRB Hicom G Torairaju berkata, selepas mendahului 1-0 pemain kelihatan yakin mengawal rentak mahupun menambah jaringan namun sebaliknya lawan bangkit untuk menyamakan kedudukan dan akhirnya memenangi perlawanan.


Katanya, selepas penjaga gol utama Mohamad Jibrail Kamaron terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada m-65, benteng mula goyah ditekan tuan rumah.

“Gol penyamaan Harimau Kumbang menerusi sepakan percuma antara faktor kebangkitan lawan untuk bertindak lebih garang.

Kesilapan benteng menyebabkan tuan rumah memperolehi sepakan penalti untuk gol kedua yang menjadi faktor kekalahan keempat setakat ini.” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...