Monday, March 24, 2014

Super-sub Safee

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: Pemain gantian Safee Sali membawa tuah buat Johor Darul Ta’zim (DT) selepas jaringannya pada empat minit terakhir memastikan keputusan seri 1-1 dengan ATM, kelmarin.

Penyokong skuad Harimau Selatan jelas tertekan apabila perlawanan semakin hampir ke penghujung dan keputusan terarah memihak ATM yang bakal memusnahkan rekod tanpa kalah skuad bimbingan Cesar Ferrando Jiminez di laman sendiri.

Namun penyerang kebangsaan itu yang baru pulih daripada kecederaan dan dimasukkan pada m-58 memberi impak positif di barisan serangan apabila tandukannya pada m-86 memastikan Johor DT berkongsi mata.



“Syukur Alhamdullilah, ia perlawanan pertama selepas kecederaan yang saya alami dan dapat menjaringkan gol untuk membantu pasukan meraih satu mata tetapi gol itu belum cukup.

“Seharusnya misi utama Johor DT adalah memenangi perlawanan dan memburu kejuaraan Liga Super, tetapi nasib tidak menyebelahi kami.

“Memang agak kecewa dan saya akan berusaha memberi persembahan terbaik untuk perlawanan akan datang.

Sama ada beraksi dalam kesebelasan utama menentang Kelantan, malam esok terserah kepada keputusan jurulatih,” kata Safee.

Sementara itu, pengurus Bojan Hodak mengaku kemenangan di tempat sendiri amat penting andai ingin memburu kejuaraan Liga Super dan mengelak daripada keciciran mata.

“Jika mahu juara, kita perlu menang di tempat sendiri.

Apa pun saya akui pasukan tidak beraksi dengan baik terutama pada babak pertama apabila kerap bermain di tengah.

“Hanya pada babak kedua selepas memasukkan tiga pemain gantian, baru kami beri tekanan kepada ATM hingga memaksa mereka bertahan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...