Monday, April 14, 2014

Fandi kecewa aksi hambar

Sumber: Harian Metro
Johor Bahru: LionsXII ibarat hilang taring apabila misi untuk melonjak ke kelompok teratas Liga Super disekat Sime Darby FC apabila tewas 0-1, kelmarin.
Ia kekalahan kedua buat skuad bimbingan Fandi Ahmad di laman sendiri selepas kecundang kepada Kelantan 1-2 dan petunjuk itu memberi isyarat mereka tidak gah lagi beraksi di padang rumput tiruan.
Kekalahan itu mengundang rasa kecewa Fandi yang menempelak anak buahnya kerana tiada karekter sebagai pejuang apabila mudah membiarkan lawan mencipta jaringan menerusi Syukur Saidin pada minit ke-45.


Fandi menambah, kawalan bola pemain juga mengecewakan apabila sering kehilangan bola dan mudah buat lawan mematah setiap gerakan dilancarkan.
“Sentuhan pertama apabila menerima umpanan cukup mengecewakan dan ada pemain menampan bola sejauh tiga atau empat meter.
“Selepas lawan jaringkan gol, saya arahkan pemain mengasak, tetapi teknik mereka amat mengecewakan.
“Ia amat mengecewakan.

Sepatutnya kami tidak boleh tewas selepas memiliki banyak peluang terhidang menjaringkan gol, tetapi tidak ambil kesempatan itu.

“Pemain mesti bangkit memperbaiki prestasi apabila menentang Pahang, malam esok biarpun itu tugas sukar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...