Monday, June 2, 2014

Final Piala FA pindah ke Shah Alam?

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Seperti di duga, masalah rumput di Stadium Nasional, Bukit Jalil mungkin memaksa perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini dipindahkan ke Stadium Shah Alam.

Kegagalan Stadium Nasional, yang sudah diumum sebagai venue perlawanan akhir itu sejak awal untuk menyediakan rumput terbaik terus menimbulkan persoalan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini pernah mengesahkan, hanya enam bulan diperlukan untuk kerja-kerja pemasangan rumput baharu sejak stadium berkenaan ditutup pada Oktober, tahun lalu.




Difahamkan, kerja-kerja pemasangan rumput gagal dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan kerana masalah kontraktor.

Biarpun rumput baharu sudah disiapkan, namun di beberapa bahagian permukaan padang agak teruk menyebabkan perlawanan berprestij itu tidak mungkin dapat diadakan di situ.

Perubahan venue perlawanan akhir Piala FA sebenarnya sudah kedengaran sejak beberapa hari lalu ekoran kea­daaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang tidak sempurna.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka mengumumkan mengenai perubahan venue secara rasmi dalam satu sidang akhbar yang akan diadakan di Wisma FAM, hari ini.

Juara Piala Malaysia, Pahang akan bertemu kelab Liga Perdana, Felda United dalam perlawanan akhir selepas masing-masing menyingkirkan Johor Darul Ta’zim dan Kelantan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...