Sunday, June 8, 2014

'Ini hanya satu permulaan'

Sumber: Utusan Malaysia

SHAH ALAM - Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan menganggap kejayaan pa­sukannya merampas kembali kejuaraan Piala FA selepas 8 tahun sebagai satu permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang mahu diburu Tok Gajah.

Kata Zainal, mereka mempunyai pasukan yang baik dan barisan pemain yang berkualiti, sekali gus berhak untuk memiliki kejuaraan tersebut.



"Alhamdulillah kami berjaya meraih kemenangan ini dan berjaya membawa pulang Piala FA malam ini.

"Apa yang saya risaukan selama ini terjadi apabila Pahang tidak menunjukkan diri mereka yang sebenar terutama pada 30 minit pertama namun semua itu dapat kami atasi dengan baik.

"Bagi saya tahap Felda bukan di Liga Perdana tetapi di Liga Super," kata Zainal.

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turut memuji semangat juang Tok Gajah.

"Pada mulanya saya memang terkejut kerana Felda berjaya mendahului permainan namun syukur kerana pemain dapat melakukan kebangkitan di penghujung babak kedua.

"Saya kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan pemain dan kejuaraan tidak diraih dengan mudah," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...