Wednesday, June 4, 2014

Tetap mahu Bukit Jalil

Sumber; Berita Harian

Penyokong Tok Gajah minta Menteri Belia dan Sukan campur tangan benarkan Stadium Nasional digunakan untuk final Piala FA, Sabtu ini

Kuantan: Walaupun alasan rumput belum cukup matang kuat untuk tidak membolehkan Pahang dan FELDA United FC beraksi pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia tetap menimbulkan kemarahan penyokong skuad Tok Gajah. 



Berikutan itu, kira-kira 200 penyokong, iaitu seramai 150 orang di Temerloh dan 50 orang di Kuantan membuat bantahan, semalam meminta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar campur tangan supaya Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) membenarkan Stadium Nasional digunakan untuk aksi final, Sabtu ini. 

Mereka menganggap perubahan lokasi perlawanan akhir dari Stadium Nasional ke Stadium Shah Alam tidak sepatutnya berlaku selepas PSM mengesahkan kerja menaik taraf padang siap mengikut jadual ditetapkan. 

Wakil penyokong Pahang di Kuantan, Mohd Faiz Hashim, berkata mereka kesal apabila Stadium Shah Alam dipilih sebagai gelanggang rasmi final Piala FA antara pasukan kesayangan mereka dan FELDA United FC, Sabtu ini. 

“Kami tidak dapat menerima alasan akar rumput di Stadium Nasional belum cukup kuat untuk aksi final itu. 

"Bagi kami apabila PSM membuat pengesahan bahawa kerja naik taraf siap mengikut jadual, sepatutnya stadium boleh digunakan untuk perlawanan terbabit,” katanya pada sidang akhbar bersama kira-kira 50 penyokong di Kafe Tok Gajah di sini, semalam. 

Kelmarin, Pengerusi PSM, Datuk Rozabil Abdul Rahman menegaskan kerja menaik taraf padang Stadium Nasional bukan tidak siap mengikut jadual, cuma akar rumput jenis Bermuda Green Mauntain yang digunakan masih belum cukup kuat. 
PSM memerlukan sedikit masa lagi kerana tidak mahu ia kembali rosak hanya disebabkan satu perlawanan selepas kerja menaik taraf mengambil masa enam bulan sejak dimulakan pada 2 Disember 2013.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...