Friday, January 16, 2015

FAM : GARY DIGANTUNG 3 BULAN

Sumber: Facebook Kedah FA

ISU GARY STEVEN ROBART TELAH DIPUTUSKAN.

Menurut Penolong Pengurus Kedah FA, En. Shafarizam Baderon yang hadir dalam perbicaraan pagi ini, keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Status Pemain FAM mengesahkan pemain yang menjadi pertikaian Kedah dan JDT FC, Gary Steven Robart adalah milik FAM.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi JK Status Pemain FAM, YB Dato' Haji Takiyuddin Hassan dengan pertimbangan Gary dari asal penglibatan dalam bolasepak memulakan kariernya dengan pasukan dibawah kendalian FAM iaitu Harimau Muda C.




Berikut adalah keputusan kes Gary Steven Robart:

1. FAM putuskan Gary pasukannya memulakan karier adalah Harimau C (walaupun dia diambil dari akademi Kedah melalui Sekolah Al-Bukhary ke Sekolah Sukan Bandar Penawar. Jadi Garry diberikan status "free agent" selepas dilepaskan dari Harimau A pada 1 Dec 2014.

2. Gary dan JDT FC melanggar kontrak perjanjian yang mana menandatangani kontrak pada 21 Nov 2014 sebelum surat pelepasan dari FAM dikeluarkan 1 Dis 2014 (yg menyatakan pasukan asalnya Kedah).

3. Gary digantung selama 3 bulan dan denda RM50,000.00 kerana menandatangani kontrak secara tidak sah bersama JDT FC.

4. JDT FC didenda RM100,000.00 kerana menandatangani kontrak secara tidak sah dengan Gary.

5. Sebarang perjanjian kontrak antara Gary dan mana-mana pasukan dikirakan terbatal sama sekali.

6. Sebarang rundingan dari mana-mana pasukan untuk mendapatkan Gary boleh dibuat selepas tamat tempoh penggantungan 3 bulan berkuatkuasa hari ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...