Saturday, January 24, 2015

Lilitan kapten milik Shahrom

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor Mehmet Durakovic mengesahkan tonggak pertahanan tengah Muhammad Shahrom Abd Kalam dilantik kapten Merah Kuning bagi mengharungi musim 2015.

Beliau berkata, pemilihan itu kerana persembahan hebat dipamerkan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu musim lalu selain karisma sebagai pemimpin dalam padang.

“Kami mempunyai rekod dibolosi paling sedikit musim lalu. Namun saya tidak mahu memberikan pujian kepada Shahrom saja kerana pemain pertahanan lain turut memainkan peranan penting,” kata pengendali dari Australia itu.



Kapten musim lalu, Mohd Bunyamin Omar dan Mohd Hamsani Ahmad akan bertindak sebagai penolong kapten.

“Bunyamin turut memainkan peranan hebat musim lalu sebagai kapten. Namun kali ini saya mahu dia memberikan tumpuan kepada posisinya tanpa perlu dibebani tugas sebagai kapten,” katanya.

Shahrom, 30, yang menyertai Selangor musim lalu pernah menjadi kapten di Kuala Lumpur dan penolong kapten semasa beraksi bersama Perak.

Malah Durakovic sudah memberikan bayangan awal dalam tiga aksi persahabatan pramusim menentang dua kelab Indonesia dan Pulau Pinang apabila Shahrom dilantik kapten.

Selangor akan meneruskan aksi pramusim menentang Pulau Pinang di Stadium Shah Alam pada Khamis depan dengan Durakovic membayangkan untuk menurunkan kesebelasan terbaik ketika saingan Liga Super semakin hampir.

Selangor akan memulakan aksi Liga Super menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 7 Februari disusuli kunjungan ke Pahang pada minggu berikutnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...