Saturday, February 20, 2016

Ulasan: Piala FA 2016 Perlis FA lwn Felcra FC

ULASAN DARIPADA PERLIS NORTHERN LION FACEBOOK

Piala F.A

FT
Perlis 1-0 Felcra FC

Kemenangan berharga buat skuad Dollah Salleh ke atas skuad Yusri Che Lah pada malam ini. Perlawanan yang rancak disajikan oleh kedua-dua pasukan dengan aksi berbalas serangan. Dari segi 'ball possession' dilihat agak seimbang namun dari segi 'passing' Felcra FC lebih kemas berbanding Perlis sehingga kemasukan Edward Junior Wilson.

Penjaga gol + Pertahanan

Azizon Kadir membuktikan dirinya masih lagi mempunyai 'tangan ajaib' pada malam ini apabila berjaya melakukan 'clean sheet'. Faktor ini ditambah kekebalan gandingan 'centre-back' Afif dan Obina yang mengekang asakan pasukan lawan. Tidak ketinggalan Sumardi dan Azmizi yang juga mengekang asakan pada malam ini. Namun apa admin perhatikan kawasan Azmizi banyak diasak dan mudah dibolosi oleh pihak lawan. Setelah kemasuk V.Thirumurugan pihak lawan agak sukar sedikit untuk menembusi benteng Perlis. Pemain ini juga mampu membuat hantaran yang baik sekaligus memberi kelebihan buat pasukan.

Tengah

Gandingan Fauzi Shaari, Firdaus, Saddam dan Sumareh dilihat kurang serasi. Anda boleh lihat bahagian kerap kehilangan bola yang begitu mudah sehinggakan pihak lawan mengawal tengah dengan baik. Saddam mempunyai kelecekan baik dan mempunyai larian yang laju namun beliau perlu lebih kreatif dalam membuat percubaan mahupun membuat hantaran kepada rakan-rakan. Bagi admin, bahagian tengah perlu diperbaiki dengan lebih kemas. Bahagian tengah Perlis agak longgar.

Serangan

Bermula gandingan Kayne Vincent dan Alafi Mahmud. Gandingan kedua pemain ini dilihat sukar menembusi pertahanan lawan pada permulaannya. Aksi Alafi Mahmud mudah dipatahkan oleh pertahanan lawan kerana saiz fizikalnya agak kecil berbanding pertahanan lawan. Beliau juga mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun gagal. Namun selepas kemasukan Wilson menggantikan Saddam, jentera serangan Perlis begitu berbisa dan terdapat beberapa percubaan berbahaya di pintu gol Felcra FC namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Felcra FC. Aksi Wilson sebentar tadi agak menghiburkan kerana benteng pertahanan Felcra FC sukar menghalang asakan beliau kerana beliau mempunyai saiz badan yang sasa.

Konklusi

Perlis perlu lebih perkemaskan 'passing' dengan lebih baik. Perlis sememangnya banyak membuat percubaan namun dari segi 'passing' kurang kemas dan beberapa kali berlaku kesilapan yang boleh menyebabkan pasukan terhukum kerana kesilapan ini. Kemasukan Wilson sememangnya menghidupkan jentera serangan Perlis dengan adanya Vincent dan Sumareh. Admin 'salute' kepada Alafi walaupun saiz badan kecil, kerap diasak dan mengalami kecederaan beliau tabah untuk bermain sehingga wisel penamat. Yes dia bermain tidak sehebat Wilson namun Alafi melakukan 'assist' kepada Vincent untuk gol berharga pada malam ini. Komen anda ?

Rating pemain

Azizon 7/10
Obina 8/10
Afif 8/10
Azmizi 5/10
Sumardi 7/10
Fauzi Shaari 7/10
Firdaus 5/10
Saddam 6/10
Sumareh 8/10
Alafi 6/10
Vincent 7/10

Subs
Famirul 5/10
Thirumurugan 7/10
Wilson 8/10

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...